Khamis, 28 Februari 2013

Masjid Quba'

Antara Masjid yang akan dilawati oleh para tetamu Allah dalam siri Lawatan Ketempat tempat bersejarah di sekitar Bandar Madinah adalah Masjid Quba' . Yang pasti nya Masjid ini tersenarai dalam senarai Masjid Masjid yang mesti di kunjungi . Cuma yang tidak pastinya ialah adakah para tetamu Allah , satelah berhabisan wang demi untuk melakukan Umrah , berpeluang atau mengambil peluang untuk menunaikan Solat sunat 2 rakaat di Masjid ini .

Ini adalah kerana , Rasullullah SAW bersabda yang maksud nya  " sesiapa yang berwudhuk dirumah nya , kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan di beri ganjaran pahala sama seperti pahala menunaikan umrah "

Menurut sebuah hadith Sahih daripada Tirmizi , " melakukan solat di dalam Masjid Quba' adalah sama dengan melakukan Umrah "

Masjid Quba' , masjid yang di bina atas dasar taqwa dan iman , adalah Masjid yang pertama di bina dalam sejarah Islam . Dalam surah Al Taubah , ayat 108 ,Allah SWT berfirman yang maksud nya , " sesungguhnya masjid yang di dirikankan atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalam nya " .
Walaupun ada pendapat yang mengatakan bahawa ayat ini diturunkan khas di tujuk kepada Masjid Nabawi namun ada juga pendapat mengatakan bahawa ayat ini ditujukan kepada Masjid Quba' . Walau bagaimana pun kedua dua pendapat ini tidak bercanggah kerana kedua dua buah masjid ini dibina atas dasar Taqwa .

SEJARAH

Masjid Quba' terletak di perkampungan Quba' iaitu kira kira 3 Km dari arah selatan bandar Madinah . Quba' di ambil daripada nama sebuah telaga . Masjid ini berbentuk empat persegi dan terkini telah di perluaskan kawasan nya menjadi hampir 5 035 meter persegi .


Sebuah Hadith yang di riwayatkan oleh Imam Al Bukhari daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW selalu ke Masjid Quba' pada hari Sabtu , Kadang kadang pada hari Isnin dan Khamis dengan menaiki unta atau berjalan kaki .

Masjid Quba' dibangunkan pada hari Isnin 8 Rabiulawal , setiba nya Rasullullah SAW  di perkampungan Quba' dalam perjalanan hijrah dari Makkah . Baginda bermalam selama empat hari bersama Bani 'Amru Bin Auf di rumah Kalthum Bin Al-Hadm .


Dalam riwayat yang diceritakan oleh Al-Syimus Binti Al-Nu'man rha , bahawa " Aku melihat Rasullullah SAW memikul batu bata diatas belakang nya sehingga bongkok badan nya . Debu dan pasir memenuhi tubuh dan baju nya . Apabila sahabat sahabat minta untuk mengambil bebanan itu daripada baginda , beliau enggan sebaliknya menyuruh mereka membawa bebanan lain .

Sesudah itu baginda mengimami solat secara berjemaah bersama para sahabat dan pada waktu berkiblatkan Masjidil Al-Aqsa .

Kepada bakal bakal tetamu Allah sekelian , diharap paparan diatas akan membantu pemahaman tuan tuan dan puan puan sekelian . Bagi yang benar benar ingin menunaikan umrah , yang ingin mendapat manfaat dari sejarah peninggalan Rasullullah SAW, yang ingin mencontohi sunnah baginda dan menghayati pengorbanan nya , yang pergi dengan kumpulan yang kecil , anggaran 10 -15 orang , saya sudi membantu pemergian tuan puan sekelian . Saya boleh di hubungi ditalian 012-2660631 untuk keterangan lanjut .







Isnin, 18 Februari 2013

Madinah - Sejarah Dan Kelebihan Nya .

Madinah terletak di tengah tengah Oasis atau lembah yang subur .
Bahagian Utara nya terletak Jabal Uhud , Jabal Thaur dan Wadi Qanat.
Bahagian Selatan nya , Jabal 'Eir dan Wadi Al-'Aqiq.
Bahagian Timur nya , kawasan tanah hitam Waqim al-Syarqiyyah.
Bahagian Barat nya Harrah Wabrah al-Gharbiyyah .

Menurut sebahagian besar ahli sejarah ,Tanah Haram Madinah adalah sepanjang 16km . Ia nya bertepatan jika di ukur jarak Jabal Thaur dengan  Masjid Madinah iaitu kira kira 8km dan Jabal 'Eir dengan Masjid Madinah juga 8km. Menurut Prof Dr A.Aziz al-Qari beliau mengatakan luas nya Madinah dalam lingkungan 15km .

Dalam satu hadith  , Rasulullah SAW bersabda yang maksud nya " Tanah Haram Madinah itu antara Bukit 'Eir dan Bukit Thaur .Manakala lebar nya Rasulullah SAW bersabda " Di antara dua tanah hitam nya ( Madinah ) itu adalah Tanah Haram ". Jarak madinah dari Jeddah adalah kira kira 400Km dan dari Makkah adalah 430Km .

Cuaca di Madinah .
Sangat panas di musim  panas.
Sederhana di musim peralihan dan
Sangat sejuk di musim sejuk .

Banyak Hadith  Rasulullah SAW yang menyebut kelebihan Bandar Madinah dan kelebihan beramal di dalam nya .Nabi SAW ada berDoa mohon keberkatan  dan kesihatan untuk penduduk Madinah . Dan yang paling popular sekali ada lah kelebihan Bersolat di Masjid Nabi .

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasa nya Nabi SAW bersabda yang maksud nya " Pahala solat di Masjid ku adalah seribu ( 1000X ) lebih baik daripada solat di lain lain Masjid kecuali Masjidil Haram "


Kelebihan bersolat 40 waktu Solat Di Masjid Nabi .
Maksud nya : Sesiapa berSolat 40 waktu di Masjid Ku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun , maka di tulis untuk nya keselamatan daripada api neraka , keselamatan daripada azab nya dan terlepas daripada nifaq atau munafiq .

Sehubungan dengan itu luangkan lah masa ,  tenaga .dan wang ringgit untuk meziarahi kota suci ini sekali gus mendapat pahala ganjaran sepertimana yang telah di nyata di atas .Dalam soal jawab yang selalu di kemukakan tentang galakan berziarah ke Masjid Nabi , Rasullullah SAW bersabda yang maksud nya

 " Tidak digalakan mengembara melainkan kepada tiga {3}buah Masjid iaitu Masjidil Haram , Masjid  
Nabi  dan Masjid al - Aqsa di  Baitul Maqdis .
Berbagai bagai cara boleh kita pilih untuk sampai ke sana . Berbagai bagai tawaran di buat bagi menggalak kan kita sampai ke sana . Ambil lah peluang sementara badan masih sihat bertenaga , sementara umur masih muda kerana ada bermacam macam pakej Umrah Ziarah di luar sana tapi ketahuilah pakej yang terbaik untuk menunaikan Umrah adalah Pakej " Sementara Badan Masih Sehat "

Rabu, 2 Januari 2013

PETA MEKAH , Kedudukan Hotel Dan Masjid

Alhamdulillah , tahun 2013 telah pun menjelma . Individu individu seperti saya yang mengendalikan pakej Umrah sedang sibuk menyediakan jadual pergi dan balik , mencari hotel yang bersesuaian dan menenpah tiket penerbangan , agar ia nya menjadi satu pakej yang 'mampu milik' atau yang mesra jemaah .

Umrah tahun 2013 ini amat menarik sepanjang saya berkhidmat sebagai pengendali  pakej . Ini adalah kerana seorang ketua Mutawif , juga bertindak sebagai seorang Visiting Prof di salah sebuah Universiti di Makkah Al Muqarramah telah menawarkan kepada  saya sebuah Hotel , yang jarak nya cuma 150m - 200m  dari Masjidil Haram . 

Kebetulan pada Mei 2012 yang lalu saya berkesempatan menginap di situ dan rata rata jemaah yang saya bawa  tu sangat berpuas hati dengan keadaan , kedudukan , layanan , lif yang di sediakan begitu juga dengan dewan makan dan yang paling penting jarak nya dengan Masjid sangat dekat .

Kedudukan nya yang jauh daripada kesibukan kerja kerja pembanggunan menjadikan ianya selamat untuk jemaah berulang alik kemasjid dan ia nya jauh daripada pencemaran habuk dan sebagainya .

Di sini saya printkan peta Makkah dari Google, supaya pembaca sekelian mendapat gambaran yang jelas tentang kedudukan Hotel yang di maksudkan itu .

Point A - Hotel Saraya Ajyad. Antara hotel yang terdekat di Mekkah .
Point B - Pintu Masjid No 10 , Tangga, Accelator ,dan lift sesuai untuk jemaah wanita khusus nya yang  menggunakan kerusi roda .Pintu masuk no 10 adalah pintu yang sangat mesra jemaah khusus nya wanita kerana ia berdekatan dengan tempat solat wanita ( tingkat 2 ). Bagi jemaah yang uzur, jemaah boleh memilih untuk menaiki lift atau accelator .
Bagi jemaah yang datang berpasang atau berkumpulan , tempat ini mudah di kenal pasti .
Bagi mendapatkan status Hotel Saraya Ajyad ini jemaah boleh ke Google untuk mendapatkan maklumat selanjut nya .











Sabtu, 22 Disember 2012

JADUAL PAKEJ UMRAH 2013

Alhamdulillah . Syukur ke hadrat Allah SWT , berkat doa dan sokongan kawan kawan 2012 ini , saya telah di kunjungi oleh dua insan hebat dalam industri masing masing , bergabung tenaga dan kepakaran , dan seterusnya membentuk satu pakej Umrah yang mesra jemaah .

Walaupun begitu , saya tidak meninggalkan kawan kawan yang berada dalam DZ Travel atau lain lain.

Berbalik pada Pakej 2013 , kemudahan yang saya sediakan untuk para jemaah yang ingin menunaikan umrah ialah , individu atau bersama ahli keluarga , pasangan atau bersama kumpulan , syarikat kecil atau syarikat besar boleh membuat target , tarikh yang sesuai yang hendak di kerjakan umrah itu . Dua insan hebat yang saya ceritakan diawal tadi telah ' membooking ' sebanyak 7000 seat tiket kapalterbang , menggunakan pesawat MAS  dan dalam masa yang sama telah memajak sebuah Hotel di Mekah , yang jarak nya cuma 150m - 200m dari Masjid .

Oleh kerana tiket telah berada di dalam tangan , maka kami telah jadualkan penerbangan awal , bermula 30 Jan 2013 hingga akhir , 6 Jul 2013 dalam bentuk ' table ' bagi memudahkan para tetamu Allah sekelian membuat rujukan .


Jadual yang kami senaraikan ini menggunakan penerbangan MAS Charted dan tarikh yang kami susun kan ini adalah muktamat . Ini adalah bertujuan supaya jemaah boleh merancang perjalanan tuan / puan .

Sekian
Hj Azman Hj Abdullah
012-2660631
e-mail : usrah2uni@gmail.com














Khamis, 19 Julai 2012

Umrah Haji ni tak lebih daripada melihat jenis jenis batu yang ada kat Mekah Madinah


Alhamdulillah pada tahun 1998 , saya dan isteri telah berkesempatan untuk menerima jemputan daripada Allah SWT bagi menunaikan fadhu haji . Kami sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT , kerana telah dijemput pada usia muda dan kami manfaatkan usia , kudrat tenaga dan kesihatan yang telah dipinjamkan untuk tujuan mempelajari dan meneroka apa saja yang berkesempatan .Pantang ada lawatan , tak kira lah samada yang di anjurkan oleh pihak Tabung Haji atau pihak swasta kami akan turut serta walaupun dikenakan bayaran . Banyak lah tempat tempat yang kami pergi sehinggakan kami rasa macam berbulan madu pulak .Walau bagaimana pun kami juga tidak mensia siakan masa yang ada untuk duduk dalam majlis ilmu sekiranya ada . Dan majlis ilmu yang tak akan saya ‘ miss ‘ ialah yang di syarahkan oleh . seorang yang dilahirkan di Kedah tetapi pada usia nya belasan tahun telah , berhijrah ke Mekah atas maksud mendalami ilmu Allah . Beliau ialah Sheikh Muhammad Al Mandeli . Sepanjang 40 H di Mekah  , saya akan duduk mendengar kuliah nya antara magrib dan isyak .Pada hari hari terakhir selepas kerja haji , kuliah beliau berkisar pada bagaimana untuk mengekalkan momentum keseronokan beribadah bila sampai di tanah air nanti . Juga beliau mengambil kesempatan saat akhir ini dengan bertaaruf dengan para jemaah yang istiqamah dengan kuliah nya  . Pada satu malam beliau bertanya “ ada sesiapa yang rasa ‘ serik ‘ untuk datang lagi ke Tanah Suci ini “.Maka beliau pun bercerita  .


 “ Beberapa tahun yang lalu , sewaktu memberi kuliah  . Beliau mendapati ada seorang jemaah ni , badan nya saja berada di dalam masjid tapi akal fikiran nya nampak macam melayang ke tempat lain . Maka beliau pun bertanya pada jemaah ni , adakah dia berasa sedih untuk meninggalkan tanah suci ini ? Jawab jemaah ni dengan tenang , tidak . Tuan Sheikh Muhammad bertanya lagi , kalau begitu apa yang menyebabkan Tuan nampak macam tidak selesa ? Dengan selamba dan lancar beliau berkata  , terlebih dahulu saya minta maaf pada para jemaah sekelian  yang berada di sini .  Saya datang ke Mekah ni atas desakan kawan  kawan . Oleh kerana saya ni orang berduit dan ada kelapangan masa , maka bagi tidak menghampakan kawan kawan , saya pun dengan rasa berat hati mendaftar dan datang ke sini . Niat sebenar saya bukan untuk menunai fardhu haji sangat  tapi lebih daripada  hendak melihat apalah yang menarik nya Mekah dan Madinah ni .

Tuan Sheikh Muhammad bertanya lagi . Tapi kali ini bukan dengan nada berselora . Sekelian jemaah yang ada tertunggu tunggu akan cerita nya . Dengan nada yang tersekat sekat dia pun berkata , sepanjang berada di sini , sejak sampai di Jeddah hingga lah ke saat ini , saya tak nampak apa pun  yang menarik sangat  kat sini . Saya tak tahu apa yang menyebabkan orang yang berkunjung ke sini datang dan kemudian bercita cita untuk datang lagi dan lagi , seperti lah tempat ni hebat sangat . Maaf cakap , tak de satu tempat pun yang boleh mengamit hati saya untuk saya kata “ ooh , best la tempat ni “ 

Tanpa di soal hamba Allah ini menyambungkan cerita nya seolah meluahkan isi hati nya yang sekian lama terbuku . Sewaktu hendak menaiki pesawat , ada kawan kawan saya berbisik , “ kau jangan lupa , pasang niat , buat solat hajat , minta dimudahkan dapat kucup Hajar Aswad “ . Saya mengangguk anggukan kepala . Dalam hati kata “ batu hajar aswad eehh “ . Sehari sebelum berangkat , Ust kat masjid menasihati saya “ sewaktu saie , naik sampai ke puncak bukit Safa dan Marwah tu . Itu yang afdhal nya “ . Entah sape sape lagi yang pesan “ jangan sentuh Hijir Ismail waktu tawaf , batal , kena ulang satu pusingan “ . Huuh… banyak nya pantang larang . 
                             PEMANDANGAN JABAL THUR PADA SEPARUH KETINGGIAN SEBENAR

Pendek kan cerita semua yang saya terbayang dalam kepala adalah batu Hajar Aswad , batu waktu nak melontar nanti , bukit batu Safar dan Marwah   , batu Hijir Ismail , batu Gua Hira’ , batu Jabal Thur dan ………eehh tak de benda lain ke , asyik batu , batu dan batu .Sangkaan saya tidak meleset . Memang betul pun . Sewaktu kapalterbang nak mendarat , saya tengok  ‘baaattuuuu’ sebatu batu keliling airport Jeddah  tu . Sepanjang jalan dari Jeddah ke Madinah , kiri kanan highway , bukit bukit batu  .

Masa lawatan kat Madinah , mutawif asyik cerita kualiti batu Bukit Uhud . “ Negeri Arab ni , kalau tak de minyak pun tak pe sebab batu kat bukit Uhud ni aje kalau di jual pun da cukup mewah . Batu nya high class “. Batu akeq kat kedai kedai kat Madinah tu , bukan dari  bukit ni . Kalau la bukit ni kat tanah halal tentu Pak Arab akan buat cincin pakai batu Bukit Uhud . Semua nya cerita pasal batu . Memang batu pun keliling Madinah ni .Para jemaah yang mendengar cerita Hamba Allah ni , semua nya melopong . Ada yang meng’iya’kan dan ada yang gelengkan kepala .

Begitu juga antara Bir Ali dengan Mekah . Mana ada pokok yang boleh berteduh . Semua nya batu . Akhir skali sampai lah tempat yang paling paling di nantikan . Bandar Mekah . 


Saya tengok ada jemaah yang pucat , takut tak nampak Kaabah . Takut orang tahu dia banyak dosa . Ada jemaah yang menangis teresak esak , gembira dapat tengok Kaabah ‘ live’ . Sebelum ni tengok dalam TV aje , tengok kat sejadah atau gambar . Ni..hah..’live’ . Ada yang macam tak percaya yang dia ada depan Kaabah . Dan macam macam lagi . Tapi saya nak tengok dekat dekat batu jenis apa Kaabah ni . Hebat sangat sampai di selimutkan dengan kain yang bernilai jutaan ringgit .

Lepas tawaf , Saei pulak . Saya mengingati pelajaran yang telah di sampaikan oleh para Ust . Saei adalah berlari lari anak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah . Ini bermakna , ia adalah berlari lari anak dari satu bukit batu ke satu lagi bukit batu .

Kerja haji adalah kemuncak segala laga nya . Waktu wukuf , di sunatkan berada di luar khemah . Afdhal berdoa di celah batu . Bermalam di Muzdalifah sambil mengutip batu . Sesudah memungut , melontar pulak di tiga Jamrah . Lepas tu balik ke Mekah untuk tawaf dan akhir sekali saei .Semua kerja kerja ni melibatkan batu . “Betul tak” Tanya si hamba Allah ni . Sebelum Hamba Allah ini meninggalkan majlis ilmu itu dia sempat bertanya pada Tuan Guru Sheikh Muhammad Al Mandeli , ada ke taman atau anak sungai untuk dia lepaskan rasa jemu melihat batu sepanjang berada di Mekah dan Madinah ni .

Dia kemudian nya angkat kaki meninggalkan jemaah lain dalam kebingungan .

Tuan Guru Sheikh Muhammad kemudian menyambung cerita nya . “ Sebulan kemudian iaitu selepas visa umrah di keluarkan untuk membolehkan jemaah umrah masuk menunaikan umrah , dia ternampak kelibat hamba Allah ni “ . Begitu juga pada musim haji tahun berikut nya . Tuan Guru tidak melepaskan peluang untuk bertanya khabar pada hamba Allah ni . Kali ini dia bercerita dengan penuh rasa rendah diri .


 Sebenar nya sesampai saja saya di tanah air , saya rasa sunguh seronok .  Mana tidak nya , dapat lihat kehijauan taman di sepanjang perjalanan dari Air Port ke rumah . Menikmati  keindahan  yang telah di tinggalakn selama hampir 50 hari . Dapat bermesra dan bermain main dengan anak anak . Berbual bual dengan kawan kawan ,hidup ini  seperti baru keluar dari dunia baru . Dalam pada itu bila menjelang malam , hidup ini seperti ada yang tak kena .Macam ada yang tak lengkap .  Situasi ini berlarutan hingga berminggu minggu . Ia nya lebih ketara apa bila mendengar laungan azan daripada bilal masjid . Ada benda yang tak kena . Saya cuba tidak menaiki kereta atau motor ke masjid , semata mata nak dapatkan ‘ feel ‘ macam kat Mekah .  Tapi itu pun tidak menaikkan semangat saya .  Tapi bila satu hari saya terdengar laungan azan Mekah , bulu roma saya berdiri dan saya terus berkata dalam hati , “ hah.. ini lah dia , ini lah sebenar nya yang da tak de dalam jiwa saya “ . Terbayangkan lorong lorong yang saya susuri setiap kali nak ke masjid . Terbayangkan bukit bukit sekitar Madinah . Terbayangkan bukit bukit sekeliling Mekah . Terbayangkan Jabal Rahmah . Terbayangkan keseronokan di Mina . Terbayangkan bila berlari anak antara Safa dan Marwah . Terbayangkan “ batu ” yang di selimuti oleh kelambu hitam . Ya , batu yang ditawaf oleh jutaan manusia . Batu yang bila mana manusia pandang saje , Allah beri 20 rahmat. Ini lah batu ajaib , batu yang dicium oleh jutaan manusia setiap tahun .

Mulai saat itu , setiap kali nak sembahyang saya akan pastikan sejadah yang saya gunakan itu ada gambar Kaabah . Setiap hari yang saya lalui , saya akan pastikan mendengar Al Quran bacaan Sheikh Sudais . Begitu lah kemarok nya saya terhadap negeri yang di penuhi dengan batu . Akhir nya saya daftarkan diri untuk menunaikan fardhu haji tahun berikut nya .Beberapa orang jemaah menitiskan air mata  sewaktu  mendengar cerita Tuan Guru Sheikh Muhammad ini . Rezeki Hamba Allah ini telah diperluaskan oleh Allah SWT , selepas menunaikan haji  buat kali kedua , dia telah menunaikan umrah dua kali setahun , pada tahun berikut nya . Dan selepas itu beliau telah datang setiap bulan untuk menunaikan umrah . Dan pada saat ini , ia itu pada tahun 1998 , hamba Allah ini telah telah menunaikan fardhu jumaat nya di Mekah . Ini bermakna beliau telah datang setiap  minggu semata mata untuk berada dekat dengan “ batu “ berselimut hitam itu . Begitu lah hebat nya apabila sesuatu benda itu mendapat berkat daripada Allah SWT . Allah akan mengangkat darjat dan mertabat sesuatu makhluk itu , dari sehina hina makhluk hingga ke semulia mulia makhluk , begitu lah dengan Hamba Allah ni , kita tidak tahu apakah amalan nya sehinggakan Allah tidak memurkainya sewaktu beliau ‘ menghina kedudukan Mekah  dan Madinah ‘ sebalik nya memberi petunjuk dan hidayah dan melimpah ruahkan rezeki nya sehingga dapat datang  ke tanah haram  setiap minggu .

Wallahu’alam   

Rabu, 26 Oktober 2011

Sejarah Masjid Qiblatain

Pada awal permulaan islam , Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis adalah qiblat bagi orang islam .Orang orang Yahudi sangat gembira dengan tindakan rasulullah dan orang islam berqiblat kan Baitulmaqdis .Mereka akan menyindir Baginda dengan berkata " Muhammad menentang ajaran kita, tapi solat ikut kiblat kita "

Namun jauh di sudut hati Baginda sangat berharap suatu hari nanti Allah akan menurunkan perintah supaya arah kiblat ditukar ke Kaabah .
Akhirnya selepas 16 bulan , Allah menurunkan ayat 144 surah Al Baqarah yang memerintahkan supaya arah Qiblat ditukarkan ke Makkah . Salah seorang sahabat yang menjadi saksi kepada peristiwa bersejarah ini adalah Barra Bin Aziz r.a

Kejadian itu berlaku sewaktu Rasulullah dan para sahabat sedang bersembahyang asar . Masjid bersejarah itu kini di kenali sebagai Masjid Qiblatain atau Masjid Dua Kiblat
                               
       
Jemaah akan di bawa melawat masjid ini pada hari kedua sesampai sahaja ketanah suci Madinah .

Pada bulan Mac 2012 nanti , InsyAllah DZ Travel akan mengadakan 3 jenis pakej umrah , yang kami yakin ia adalah ' mesra jemaah ' kerana hotel yang kami pilih adalah sangat selesa dan yang paling di sukai oleh setiap jemaah ada lokasi nya yang paling hampir dengan Masjid .
  • Pakej 1- Hotel Daarkaki - Jarak 120m dari Masjid- Menaiki Kuwaits Airlines - Jangka masa 13H             11M - Harga bersih ( all in )  RM5388/-  . Bertolak pada 16 Mac 2012

  • Pakej 2- Hotel Daarkaki - Jarak 120m dari Masjid - Menaiki Saudi Airlines - Jangka masa 13H   11M - Harga bersih ( all in )  RM5888/- . Bertolak pada  3 Mac 2012

  • Pakej 3 -Hotel Reetaj - Jarak 50m dari Masjid - Menaiki Saudi Airlines - Jangka masa 13H 11M Harga bersih ( all in ) RM6680/- . Bertolak pada  3 Mac 2012 .

Persamaan antara pakej - Jangka masa 13H dan tempat tempat lawatan ,Makkah dan Madinah serta           kawasan bersejarah 

Perbezaan antara pakej  -  Pesawat ; 1-Kuwait Airline .Transit di Kuwait 2jam , Jemaah di bawa terus ke Madinah , selepas 3/4H jemaah masuk ke Makkah 
 2; Saudi Airlines , penerbangan terus ke Jeddah dan jemaah dibawa ke Makkah , Selepas 7/8H jemaah masuk ke Madinah . Jemaah lelaki akan memakai ihram samada dalam kapalterbang atau di KLIA       
3; Hotel

Pendaftaran telah pun di buka sehingga di beritahu  kemudian .