Alhamdulillah , tahun 2013 telah pun menjelma . Individu individu seperti saya yang mengendalikan pakej Umrah sedang sibuk menyediakan jadual pergi dan balik , mencari hotel yang bersesuaian dan menenpah tiket penerbangan , agar ia nya menjadi satu pakej yang 'mampu milik' atau yang mesra jemaah .
Umrah tahun 2013 ini amat menarik sepanjang saya berkhidmat sebagai pengendali pakej . Ini adalah kerana seorang ketua Mutawif , juga bertindak sebagai seorang Visiting Prof di salah sebuah Universiti di Makkah Al Muqarramah telah menawarkan kepada saya sebuah Hotel , yang jarak nya cuma 150m - 200m dari Masjidil Haram .
Kebetulan pada Mei 2012 yang lalu saya berkesempatan menginap di situ dan rata rata jemaah yang saya bawa tu sangat berpuas hati dengan keadaan , kedudukan , layanan , lif yang di sediakan begitu juga dengan dewan makan dan yang paling penting jarak nya dengan Masjid sangat dekat .
Kedudukan nya yang jauh daripada kesibukan kerja kerja pembanggunan menjadikan ianya selamat untuk jemaah berulang alik kemasjid dan ia nya jauh daripada pencemaran habuk dan sebagainya .
Di sini saya printkan peta Makkah dari Google, supaya pembaca sekelian mendapat gambaran yang jelas tentang kedudukan Hotel yang di maksudkan itu .
Point A - Hotel Saraya Ajyad. Antara hotel yang terdekat di Mekkah .
Point B - Pintu Masjid No 10 , Tangga, Accelator ,dan lift sesuai untuk jemaah wanita khusus nya yang menggunakan kerusi roda .Pintu masuk no 10 adalah pintu yang sangat mesra jemaah khusus nya wanita kerana ia berdekatan dengan tempat solat wanita ( tingkat 2 ). Bagi jemaah yang uzur, jemaah boleh memilih untuk menaiki lift atau accelator .
Bagi jemaah yang datang berpasang atau berkumpulan , tempat ini mudah di kenal pasti .
Bagi mendapatkan status Hotel Saraya Ajyad ini jemaah boleh ke Google untuk mendapatkan maklumat selanjut nya .