Kejadian gerhana bulan hanya boleh berlaku ketika fasa purnama dan hanya apabila seluruh atau sebahagian bulan memasuki bayang bumi . Cahaya matahari yang jatuh keatas bumi menyebabkan sebahagian bumi terang ( siang ) dan sebahagian lagi gelap ( malam ) serta menyebabkan bayang bumi menganjur ke angkasa . Terdapat dua bahagian bayang ie bahagian dalam dan bahagian luar , Bayang di bahagian dalam dipanggil Umbra dan bayang di bahagian luar dipanggil Penumbra . Dan Umbra adalah lebih gelap dari Penumbra .
Sekiranya ketika bulan purnama , ia memasuki kawasan bayang ia itu Penumbra atau Umbra maka akan berlaku lah penomena Gerhana .Gerhana penuh terjadi apabila keseluruhan bulan memasuki Umbra . Sekiranya hanya sebahagian bulan memasuki Umbra , gerhana separa yang akan berlaku dan jika bulan hanya memasuki Penumbra maka gerhana Penumbra yang akan terjadi .
Walau bagaimana pun gerhana bulan tidak berlaku setiap bulan . Ini adalah kerana satah orbit bulan condong 5 darjah berbanding satah orbit bumi .
Pada 15 Jun 2011 , gerhana penuh akan terjadi disebabkan seluruh bulan memasuki Umbra . Magnitud gerhana kali ini ia lah 1.71 . nilai magnitud ini menunjukan gerhana bulan kali ini adalah gelap .
Di Malaysia fasa gerhana kali ini bermula apabila bula menyentuh Penumbra pada 16 Jun 2011 , jam 01:24 am waktu Malaysia . Ketika fasa ini bermula bulan berada di langit barat .Semasa ia berada dalam bayang Penumbra cahaya bulan mula berkurangan tetapi sukar di kesan dengan mata kasar .Seterus nya fasa total bermula apabila bulan mula menyentuh Umbra pada jam 03:22 am . Bulan mula kelihatan gelap secara perlahan lahan sehingga ia menjadi gelap sepenuh nya jam 03:22 dan ditengah tengah fasa total pada jam 04:13 am .
Tempoh fasa bulan gelap sepenuh nya adalah 100 min . Bulan mula meninggalkan bayang Umbra dan mula memasuki Penumbra secara perlahan lahan pada jam 05:02 am . Ia mula bercahaya sedikit demi sedikit sehingga penuh pada jam 06:02 am dan kembali menjadi normal pada 07:02 am .
SEJARAH GERHANA
Ia pernah terjadi pada hari wafat nya putera Rasulullah SAW yang bernama Ibrahim .Keadaan ini telah di tafsir sebagai tanda dukacita alam terhadap kewafatan tersebut . Oleh itu Rasulullah SAW telah menjelas kan perkara tersebut dalam hadith nya yang diriwayat oleh Abu Mas'ud Al Ansari r.a " sesungguh nya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda tanda kebesaran Allah . Kedua dua nya ( ketika berlaku gerhana ) di guna kan untuk menakutkan ( memberi amaran ) kepada hambanya dan keadaan nya tidak lah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang di antara manusia . Oleh itu apabila kamu melihat nya maka dirikan lah sembahyang dan berdoalah kepada Allah sehingga Allah menerangi nya semula kepada kamu ." Sahih Muslim
Daripada Abdullah Bin Umar r.a Rasulallah SAW bersabda . " sesungguh nya matahari dan bulan tidak lah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana di hidupkan seseorang tetapi kedua dua nya adalah termasuk dari tanda tanda dari Allah . Oleh itu apabila kamu melihat nya maka dirikan lah sembahyang .
PERKARA PERKARA YANG DI SUNNAT KAN KETIKA GERHANA
Kita di perintahkan oleh Rasulullah SAW supaya bersegera untuk melakukan perkara perkara kebajikan apabila beelaku gerhana .Berkata Abu Bakar Bin Al Arabi dalam Umdah Al Qari bahawa ada 6 perkara am dan khas yang di perintahkan oleh Rasullullah SAW melakukan nya iaitu :-
- Solat
- Berzikir
- Berdoa
- Bersedekah
- Bertakbir
- Membebaskan Hamba
- Hukum nya :-Sunnat Muakkadah iaitu di tuntut bagi setiap orang islam melakukan nya samaada yang bermukim atau yang bermusafir , merdeka atau hamba , lelaki atau perempuan , secara berjemaah atau bersendirian .
- Waktu nya :- Bermula apabila nyata dan thabit berlaku nya gerhana . Berakhir apabila telah yakin hilang gerhana nya ( hilang gelap yang melindungi nya )
- Kaifiatnya :
- Cara mengerjakan solat sunat gerhana bulan ( khusuful qamar ) adalah sama seperti solat sunat biasa iaitu dikerjakan 2 rakaat tetapi ia mempunyai 2 kali berdiri dan 2 kali ruku' pada setiap rakaat .
- Niat ketika takbiratulihram :- " sahaja aku solat sunat gerhana bulan 2 rakaat / imam / mengikut imam kerana Allah Ta'ala .
- Pada rakaat pertama , selepas doa iftitah . hendaklah membaca Al Fatihah dan surah ( sebarang surah tetapi sebaik baiknya daripada surah Al Baqarah , jika mampu ) kemudian ruku' dan membaca tasbih .
- Berdiri semula dan baca Al Fatihah diikuti surah ( sebaik baik nya surah Ali Imran , jika mampu ) kemudian ruku' dan baca tasbih .
- Kemudian iqtidal dan sujud . Bila berdiri untuk rakaat kedua hendaklah dilakukan sebagaimana pada rakaat pertama ( 2 kali berdiri dan 2 kali ruku' ) Surah yang baik di baca adalah An Nisa' dan Al Maidah , jika mampu .
- Kemudian sujud dan duduk membaca tahiyyat akhir , serta salam .