Rabu, 8 Jun 2011

PESANAN DARI MENTOR KU

Sebenarnya, untuk berjaya di dalam hidup bukanlah susah sangat tetapi untuk tidak berjaya adalah mudah, sekiranya anda tidak mahu berjaya, janganlah ikut prinsip 6 “D” yang saya senaraikan dibawah, tetapi kalau anda ingin berjaya dengan mudah, ikutlah 100% 6 perkara dibawah ini:-

  1. Direction- Anda perlu tahu dengan jelas matlamat anda, apa yang anda inginkan
@
  1. Determination- Anda perlu tahu dengan jelas KENAPA anda ingin mencapat matlamat tersebut
@
  1. Desire - Anda perlu mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk mencapainya, ala-ala sanggup menyeberangi lautan apilah untuk dapatkan apa yang anda inginkan
@
  1. Detached - Anda sanggup membayar “harga” untuk mendapatkan ilmu serta bermentor (Berguru). Maksudnya anda perlulah sanggup berkorban dari segi masa, kewangan, sanggup melepaskan diri daripada belenggu kegagalan atau kekecewaan yang lepas, sanggup berkorban sikap. Sikap tidak baik anda seperti sikap malas dan bertangguh untuk belajar, banyak memberi alasan agar anda tidak membuang masa “melanggar dinding”
@
  1. Disipline – Ini penting kerana tanpa disiplin, anda juga akan membuang masa dan peluang anda dengan sia-sia
@
  1. Drive – Paksa diri anda sendiri dan menggerakkan diri anda untuk bertindak sekarang kerana tidak ada orang yang boleh memaksa diri anda. Tindakan anda adalah hasil yang anda akan tuai nanti, sekiranya pilihan anda ialah untuk tidak mencari ilmu atau mentor, maka hasilnya ialah anda akan tetap berada di tahap yang sama sampai bila-bila. Sekadar ada keinginan untuk merubah kehidupan masih belum cukup. Anda perlu memaksa  diri  anda  untuk  bertindak  sekarang,  bak  kata  ayah  saya                                   “It’s Now or Never!”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan