Khamis, 19 Julai 2012

Umrah Haji ni tak lebih daripada melihat jenis jenis batu yang ada kat Mekah Madinah


Alhamdulillah pada tahun 1998 , saya dan isteri telah berkesempatan untuk menerima jemputan daripada Allah SWT bagi menunaikan fadhu haji . Kami sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT , kerana telah dijemput pada usia muda dan kami manfaatkan usia , kudrat tenaga dan kesihatan yang telah dipinjamkan untuk tujuan mempelajari dan meneroka apa saja yang berkesempatan .Pantang ada lawatan , tak kira lah samada yang di anjurkan oleh pihak Tabung Haji atau pihak swasta kami akan turut serta walaupun dikenakan bayaran . Banyak lah tempat tempat yang kami pergi sehinggakan kami rasa macam berbulan madu pulak .Walau bagaimana pun kami juga tidak mensia siakan masa yang ada untuk duduk dalam majlis ilmu sekiranya ada . Dan majlis ilmu yang tak akan saya ‘ miss ‘ ialah yang di syarahkan oleh . seorang yang dilahirkan di Kedah tetapi pada usia nya belasan tahun telah , berhijrah ke Mekah atas maksud mendalami ilmu Allah . Beliau ialah Sheikh Muhammad Al Mandeli . Sepanjang 40 H di Mekah  , saya akan duduk mendengar kuliah nya antara magrib dan isyak .Pada hari hari terakhir selepas kerja haji , kuliah beliau berkisar pada bagaimana untuk mengekalkan momentum keseronokan beribadah bila sampai di tanah air nanti . Juga beliau mengambil kesempatan saat akhir ini dengan bertaaruf dengan para jemaah yang istiqamah dengan kuliah nya  . Pada satu malam beliau bertanya “ ada sesiapa yang rasa ‘ serik ‘ untuk datang lagi ke Tanah Suci ini “.Maka beliau pun bercerita  .


 “ Beberapa tahun yang lalu , sewaktu memberi kuliah  . Beliau mendapati ada seorang jemaah ni , badan nya saja berada di dalam masjid tapi akal fikiran nya nampak macam melayang ke tempat lain . Maka beliau pun bertanya pada jemaah ni , adakah dia berasa sedih untuk meninggalkan tanah suci ini ? Jawab jemaah ni dengan tenang , tidak . Tuan Sheikh Muhammad bertanya lagi , kalau begitu apa yang menyebabkan Tuan nampak macam tidak selesa ? Dengan selamba dan lancar beliau berkata  , terlebih dahulu saya minta maaf pada para jemaah sekelian  yang berada di sini .  Saya datang ke Mekah ni atas desakan kawan  kawan . Oleh kerana saya ni orang berduit dan ada kelapangan masa , maka bagi tidak menghampakan kawan kawan , saya pun dengan rasa berat hati mendaftar dan datang ke sini . Niat sebenar saya bukan untuk menunai fardhu haji sangat  tapi lebih daripada  hendak melihat apalah yang menarik nya Mekah dan Madinah ni .

Tuan Sheikh Muhammad bertanya lagi . Tapi kali ini bukan dengan nada berselora . Sekelian jemaah yang ada tertunggu tunggu akan cerita nya . Dengan nada yang tersekat sekat dia pun berkata , sepanjang berada di sini , sejak sampai di Jeddah hingga lah ke saat ini , saya tak nampak apa pun  yang menarik sangat  kat sini . Saya tak tahu apa yang menyebabkan orang yang berkunjung ke sini datang dan kemudian bercita cita untuk datang lagi dan lagi , seperti lah tempat ni hebat sangat . Maaf cakap , tak de satu tempat pun yang boleh mengamit hati saya untuk saya kata “ ooh , best la tempat ni “ 

Tanpa di soal hamba Allah ini menyambungkan cerita nya seolah meluahkan isi hati nya yang sekian lama terbuku . Sewaktu hendak menaiki pesawat , ada kawan kawan saya berbisik , “ kau jangan lupa , pasang niat , buat solat hajat , minta dimudahkan dapat kucup Hajar Aswad “ . Saya mengangguk anggukan kepala . Dalam hati kata “ batu hajar aswad eehh “ . Sehari sebelum berangkat , Ust kat masjid menasihati saya “ sewaktu saie , naik sampai ke puncak bukit Safa dan Marwah tu . Itu yang afdhal nya “ . Entah sape sape lagi yang pesan “ jangan sentuh Hijir Ismail waktu tawaf , batal , kena ulang satu pusingan “ . Huuh… banyak nya pantang larang . 
                             PEMANDANGAN JABAL THUR PADA SEPARUH KETINGGIAN SEBENAR

Pendek kan cerita semua yang saya terbayang dalam kepala adalah batu Hajar Aswad , batu waktu nak melontar nanti , bukit batu Safar dan Marwah   , batu Hijir Ismail , batu Gua Hira’ , batu Jabal Thur dan ………eehh tak de benda lain ke , asyik batu , batu dan batu .Sangkaan saya tidak meleset . Memang betul pun . Sewaktu kapalterbang nak mendarat , saya tengok  ‘baaattuuuu’ sebatu batu keliling airport Jeddah  tu . Sepanjang jalan dari Jeddah ke Madinah , kiri kanan highway , bukit bukit batu  .

Masa lawatan kat Madinah , mutawif asyik cerita kualiti batu Bukit Uhud . “ Negeri Arab ni , kalau tak de minyak pun tak pe sebab batu kat bukit Uhud ni aje kalau di jual pun da cukup mewah . Batu nya high class “. Batu akeq kat kedai kedai kat Madinah tu , bukan dari  bukit ni . Kalau la bukit ni kat tanah halal tentu Pak Arab akan buat cincin pakai batu Bukit Uhud . Semua nya cerita pasal batu . Memang batu pun keliling Madinah ni .Para jemaah yang mendengar cerita Hamba Allah ni , semua nya melopong . Ada yang meng’iya’kan dan ada yang gelengkan kepala .

Begitu juga antara Bir Ali dengan Mekah . Mana ada pokok yang boleh berteduh . Semua nya batu . Akhir skali sampai lah tempat yang paling paling di nantikan . Bandar Mekah . 


Saya tengok ada jemaah yang pucat , takut tak nampak Kaabah . Takut orang tahu dia banyak dosa . Ada jemaah yang menangis teresak esak , gembira dapat tengok Kaabah ‘ live’ . Sebelum ni tengok dalam TV aje , tengok kat sejadah atau gambar . Ni..hah..’live’ . Ada yang macam tak percaya yang dia ada depan Kaabah . Dan macam macam lagi . Tapi saya nak tengok dekat dekat batu jenis apa Kaabah ni . Hebat sangat sampai di selimutkan dengan kain yang bernilai jutaan ringgit .

Lepas tawaf , Saei pulak . Saya mengingati pelajaran yang telah di sampaikan oleh para Ust . Saei adalah berlari lari anak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah . Ini bermakna , ia adalah berlari lari anak dari satu bukit batu ke satu lagi bukit batu .

Kerja haji adalah kemuncak segala laga nya . Waktu wukuf , di sunatkan berada di luar khemah . Afdhal berdoa di celah batu . Bermalam di Muzdalifah sambil mengutip batu . Sesudah memungut , melontar pulak di tiga Jamrah . Lepas tu balik ke Mekah untuk tawaf dan akhir sekali saei .Semua kerja kerja ni melibatkan batu . “Betul tak” Tanya si hamba Allah ni . Sebelum Hamba Allah ini meninggalkan majlis ilmu itu dia sempat bertanya pada Tuan Guru Sheikh Muhammad Al Mandeli , ada ke taman atau anak sungai untuk dia lepaskan rasa jemu melihat batu sepanjang berada di Mekah dan Madinah ni .

Dia kemudian nya angkat kaki meninggalkan jemaah lain dalam kebingungan .

Tuan Guru Sheikh Muhammad kemudian menyambung cerita nya . “ Sebulan kemudian iaitu selepas visa umrah di keluarkan untuk membolehkan jemaah umrah masuk menunaikan umrah , dia ternampak kelibat hamba Allah ni “ . Begitu juga pada musim haji tahun berikut nya . Tuan Guru tidak melepaskan peluang untuk bertanya khabar pada hamba Allah ni . Kali ini dia bercerita dengan penuh rasa rendah diri .


 Sebenar nya sesampai saja saya di tanah air , saya rasa sunguh seronok .  Mana tidak nya , dapat lihat kehijauan taman di sepanjang perjalanan dari Air Port ke rumah . Menikmati  keindahan  yang telah di tinggalakn selama hampir 50 hari . Dapat bermesra dan bermain main dengan anak anak . Berbual bual dengan kawan kawan ,hidup ini  seperti baru keluar dari dunia baru . Dalam pada itu bila menjelang malam , hidup ini seperti ada yang tak kena .Macam ada yang tak lengkap .  Situasi ini berlarutan hingga berminggu minggu . Ia nya lebih ketara apa bila mendengar laungan azan daripada bilal masjid . Ada benda yang tak kena . Saya cuba tidak menaiki kereta atau motor ke masjid , semata mata nak dapatkan ‘ feel ‘ macam kat Mekah .  Tapi itu pun tidak menaikkan semangat saya .  Tapi bila satu hari saya terdengar laungan azan Mekah , bulu roma saya berdiri dan saya terus berkata dalam hati , “ hah.. ini lah dia , ini lah sebenar nya yang da tak de dalam jiwa saya “ . Terbayangkan lorong lorong yang saya susuri setiap kali nak ke masjid . Terbayangkan bukit bukit sekitar Madinah . Terbayangkan bukit bukit sekeliling Mekah . Terbayangkan Jabal Rahmah . Terbayangkan keseronokan di Mina . Terbayangkan bila berlari anak antara Safa dan Marwah . Terbayangkan “ batu ” yang di selimuti oleh kelambu hitam . Ya , batu yang ditawaf oleh jutaan manusia . Batu yang bila mana manusia pandang saje , Allah beri 20 rahmat. Ini lah batu ajaib , batu yang dicium oleh jutaan manusia setiap tahun .

Mulai saat itu , setiap kali nak sembahyang saya akan pastikan sejadah yang saya gunakan itu ada gambar Kaabah . Setiap hari yang saya lalui , saya akan pastikan mendengar Al Quran bacaan Sheikh Sudais . Begitu lah kemarok nya saya terhadap negeri yang di penuhi dengan batu . Akhir nya saya daftarkan diri untuk menunaikan fardhu haji tahun berikut nya .Beberapa orang jemaah menitiskan air mata  sewaktu  mendengar cerita Tuan Guru Sheikh Muhammad ini . Rezeki Hamba Allah ini telah diperluaskan oleh Allah SWT , selepas menunaikan haji  buat kali kedua , dia telah menunaikan umrah dua kali setahun , pada tahun berikut nya . Dan selepas itu beliau telah datang setiap bulan untuk menunaikan umrah . Dan pada saat ini , ia itu pada tahun 1998 , hamba Allah ini telah telah menunaikan fardhu jumaat nya di Mekah . Ini bermakna beliau telah datang setiap  minggu semata mata untuk berada dekat dengan “ batu “ berselimut hitam itu . Begitu lah hebat nya apabila sesuatu benda itu mendapat berkat daripada Allah SWT . Allah akan mengangkat darjat dan mertabat sesuatu makhluk itu , dari sehina hina makhluk hingga ke semulia mulia makhluk , begitu lah dengan Hamba Allah ni , kita tidak tahu apakah amalan nya sehinggakan Allah tidak memurkainya sewaktu beliau ‘ menghina kedudukan Mekah  dan Madinah ‘ sebalik nya memberi petunjuk dan hidayah dan melimpah ruahkan rezeki nya sehingga dapat datang  ke tanah haram  setiap minggu .

Wallahu’alam