Selasa, 31 Mei 2011

Tentang DZ Travel & Tours S/B

DZ Travel di tubuhkan skitar Ramadhan 2010 . Waktu tu ada saya , Tn Hj Iqbal dan Tn Hj Daruzzaman .Tn Hj Iqbal berpengalaman lebih daripada 15tahun dalam menguruskan jemaah Umrah dan Haji . Begitu juga dengan Tn Hj Daruzzaman . Tapi saya bermula pada tahun 2000 selepas 2 tahun balik daripada menunaikan haji pada tahun 1998 .

Sehingga hari ini ( Jun 2011 ) DZ Travel telah ada 10 orang staff dan bermula Mac 2011, DZ Travel telah menghantar 1 kumpulan ( group ) terdiri daripada 33 orang bagi menunaikan ibadah umrah .DZ Travel telah berjaya menghantar 2-3 group setiap bulan pada bulan bulan berikut nya . Dan sehingga hari ini DZ Travel telah menghantar 7 kumpulan bagi maksud yang sama. Bulan Jun ini kita terpaksa menambah satu lagi penerbangan atas permintaan orang ramai , selain daripada 2 tarikh yang telah di tetapkan dalam takwim DZ Travel & Tours S/B .

Di dalam rekod saya , beberapa orang jemaah telah membuat tempahan awal untuk menunai ibadah umrah pada tahun 2012 .Ini adalah kerana DZ Travel bukan sekadar menghantar jemaah menunaikan ibadah umrah semata mata tetapi kami juga memastikan para jemaah mendapat satu perkhidmatan yang paling memuaskan sesuai dengan kadar yang telah di persetujui .

Ibarat orang menjual kereta , kami menjual kereta yang berjenama , yang mana ciri ciri yang terdapat pada kami adalah yang bemutu tinggi .

Untuk mengetahui lebih lanjut ciri ciri keistimewaan yang kami berikan kepada setiap jemaah yang telah bersama dengan kami , SMS kan alamat e-mail anda ke :-
                                                            Hj Azman Bin Hj Abdullah
                                                                   012-2660631
                                                        e-mail : haji_azman@yahoo.com
                                         Segala maklumat yang kami berikan adalah  PERCUMA

Selasa, 24 Mei 2011

Penerbangan khas pada bulan Jun

Terima kaseh atas sokongan yang telah di beri kan oleh orang ramai dan maklum balas yang memberangsangkan oleh para jemaah kami di Syariakt DZ Travel & Tours Sdn Bhd telah bersetuju untuk menambah satu lagi penerbangan khas pada bulan Jun 2011 ini .Pakej khas ini adalah tambahan daripada pakej pakej yang telah sedia ada iaitu 4 dan 14 Jun 2011 .

Pakej istimewa ini dijangka akan berlepas pada 18 Jun 2011 dan akan kembali ke tanah air pada 29 Jun 2011 .Pakej istimewa ini mengenakan harga yang sangat kompititif dan Syarikat berasa sangat yakin ia nya akan mendapat sambutan yang menggalakan .

Sepanjang 12 hari bersama pakej ini ,para jemaah akan menghabiskan masa selama 3 hari di Madinah dan 8 hari di Makkah . Antara tempat yang menarik sepanjang berada di Madinah ialah jemaah akan di bawa ke kebun kurma milik Saidina Osman Bin Affan . Istimewa nya kebun ini kerana nama Saidina Osman masih tertera didalam " geran tanah " sehingga hari ini . Kisah menarik ini akan di ceritakan semasa jemaah berada di sana nanti .

Kami juga menyediakan aturcara yang menarik lagi padat untuk para jemaah sepanjang berada di Makkah .Ini bagi memastikan supaya para jemaah tidak merasa bosan duduk di dalam hotel . Dan yang lebih menarik nya , selain daripada tempat tempat bersejarah yang telah di rangka kan , DZ Travel & Tours juga akan menyediakan satu hidangan menu yang tersangat istimewa . Hidangan menu istimewa yang di maksudkan itu adalah hidangan " nasi mandi " .Hidangan menu istimewa ini jarang di hidangkan oleh syarikat pelancungan sebelum ini .

Pada mereka yang merancang untuk bersama DZ Travel & Tours di masa akan datang jemaah boleh lah merujuk pada ' pamplet ' syarikat seperti yang dilampirkan di bawah atau boleh menghubungi saya  : -

                                 Hj Azman Bin Hj Abdullah       -     012-2660631


Untuk makluman semua ,Pakej istimewa khas ini cuma berharga RM 4990 .00 .
Penrbangan : Kuwaits Airways
Jadual lengkap akan di keluarkan seminggu sebelum berangkat , InsyAllah .

Ahad, 22 Mei 2011

Hebat nya solat dan bagaimana ia membentuk Aura manusia

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

Khamis, 19 Mei 2011

sebutharga yang baru di terima malam tadi , harga umrah dan haji yg cukup hebat

Ajyad Makkah-Hajj - 5 Star  ( Pakej Haji 2011 )


Depart Date
Double
Triple/Quad
6 week
1 - 4 October

R 32,900

R 31,500
5 week
7 - 10 October

R 31,500

R 30,500
4 week
14 - 17 October

R 30,500

R 29,500
3 week
20 - 23 October

R 29,900

R 28,900

1.  Package Includes:
§                                Contracting costs of visa and courier
§                                Prompt Meet & Assist on the airports
§                                SAHUC fees and Tanazul (Draft)
     MEDINA:    breakfast & dinner (buffet)
·                                10 nights at Movenpick Anwar Al Madinah for 6 weeks
·                                9 nights at Movenpick Anwar Al Madinah for 5 weeks
·                                8 nights at Movenpick Anwar Al Madinah for 4 weeks
·                                4 nights at Movenpick Anwar Al Madinah for 3 weeks
     MAKKAH:    breakfast & dinner (buffet)
§                                Accommodation in Makkah at the 5 star Ajyad Makkah Hotel until 1st Thul Hijjah
§                                3 week package accommodation in Makkah at the 5 star Ajyad Makkah Hotel until 4th Thul Hijjah
2. Sharing accommodation in Aziziyah in self-catering apartments from 1st Thul Hijjah  (with 2 meals till 7th Thul Hijjah)
3.  All Packages Include:
·                                Ziyarahs in Madinah and Makkah
·                                5 days of Hajj includes buffet breakfast, lunch & dinner at the Additional Service Camp in air-conditioned tents
·                                Our appointed Ulama in Madinah, Makkah and the five days of Hajj with spiritual programmes.
·                                Saudi sim card with preloaded airtime
·                                Optional Couple, Triple or Quad rooms available in Aziziyah
·                                Shuttle services between Aziziah and the Haram
·                                Optional Cairo Jerusalem Tour Available
·                                Al-Anwar Travel Bag & Shoe Bag
All packages subject to availability and Rand/Dollar Fluctuation. Prices are per person and Exclude Airfare & Dhamm
JUNE Umrah 2011                         

                             JUNE Umrah Package  – ex CPT
 Tour Price:           
                             R17 200.00  p.p in double room (ex CPT)
                             R16 700.00  p.p in triple room (ex CPT)

                             R14 000.00  per child with bed
                             R  7 300.00 per child without bed
                            
                 Depart: 24th June 2011                      Return: 15th July 2011
Includes:
·                                Airfare in Economy class on Emirates Airlines: CPT-DXB-JED/JED-DXB-CPT
·                                Airport taxes and fuel surcharges
·                                Visa and courier fees for Saudi Arabia
·                                9 nights accommodation in Madinah at the Anwar Al Movenpick Hotel (B&B)
·                                10 nights accommodation in Makkah at the Ajyad Makkah Hotel (B&B)
·                                Ziyaarahs Makkah & Madinah
·                                Transfers in Saudi Arabia
Excludes:
·                                 All items of a personal nature e.g. Laundry, phone calls, drinks
·                                Meals not specified
·                                Travel Insurance

NB: This package is subject to Rand/Dollar fluctuation and Visa/flight/hotel availability and clients are only confirmed after deposit has been received. Quotations are valid for 24hours.

Selasa, 17 Mei 2011

Harga petrol RON95 disemak bulan depan




Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.

"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter.

Harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter pada 2 April lepas ekoran krisis Timur Tengah manakala kali terakhir harga RON95 naik adalah pada Disember tahun lalu iaitu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Ismail Sabri berkata walaupun sebelum ini beliau berkata harga minyak tidak dinaikkan pada masa sekarang, tetapi ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi.

"Tahun lepas, tanggungan subsidi kerajaan (bagi produk petroleum) adalah RM8 bilion apabila harga minyak dunia meningkat, dan tidak nampak trend itu akan menurun. Kalau keadaan itu berterusan, tanggungan subsidi kerajaan akan menjadi RM18 bilion tahun ini iaitu kenaikan RM10 bilion," katanya.

Beliau berkata sekiranya subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih banyak bantuan pelajaran.

Katanya rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar yang ditanggung kerajaan sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat.

Sumber: Malaysiakini

Cara Nak Masukkan Video Ke Posting



Ramai yang tertanya-tanya bagaimana nak masukkan video dari Youtube ke dalam Posting (artikel) di blog. Saya rasakan video ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua dalam mengupload video kegemaran di posting atau artikel.

Selain tidak perlu mengganggu saiz hosting, kita juga tidak perlu membuang masa mengupload video ke posting.

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Datang ke Usrah Online

Assalammualaikum pengunjung sekalian,

Laman Usrah Online ini ditubuhkah atas dasar rasa ingin berkongsi ilmu dengan pengunjung yang budiman sekalian. Diharapkan agar laman blog ini dapat memberi manfaat kepada kita selaku umat Islam yang sememangnya dahagakan sumber ilmu.

Terima kasih.