Sabtu, 17 September 2011

Umrah 2012 Telah Bermula

DZ TRAVEL & TOURS ( M ) SDN BHD
PAKEJ UMRAH 2012
RM 4900/- SEORANG

                                                                      ( ATURCARA ) 



Hari 1- Kuala Lumpur – Jeddah – Madinah
Sampai di Jeddah jemaah akan disambut oleh wakil DZ Travel dan akan di bawa ke Madinah dengan menaiki bas berhawa dingin .
 Perjalanan ke Madinah mengambil masa 6 -7 jam

Sampai di Madinah . terus check-in dan jemaah boleh menunaikan solat fardhu di Masjid Nabawi

Cadangan hotel – Hotel Mubarak Madinah
Acara bebas
Hari 2- Madinah
Selepas sarapan pagi  jemaah akan di bawa “ ziarah Dalam “ Masjid Nabawi

Jemaah akan di bawa ke Raudhah yang mana di dalam nya ada Makam Nabi , Mimbar Nabi , Tiang Taubat , Tiang Aishah , Mihrab Nabi dan tempat Muazzin .

Jemaah digalakkan untuk iktikaf lama di Raudhah kerana di kawasan inilah antara tempat Makbul doa.

 Bagi Jemaah wanita, Ziarah ke Raudhah mengikut ZON MASA yang ditentukan iaitu Sessi Pagi bermula selepas Solat Subuh hingga kira-kira 1 jam sebelum Zohor, dan Sessi Malam bermula selepas Solat Isyak hingga jam 12 tengah malam.

Jemaah lelaki digalakkan mengambil peluang walaupun sekali untuk solat Sunat di Mihrab Nabi (tempat Nabi saw mengimami Solat Fardhu di dalam Masjid Nabawi )

                                                                                                                                                                                                                                           Hari 3 - Madinah

Selepas sarapan pagi, jemaah dibawa "ZIARAH LUAR MADINAH".


Lokasi pertama ialah di Masjid Quba (masjid yang pertama Nabi saw dirikan). Jemaah dinasihatkan dalam keadaan berwudu' kerana Nabi saw bersabda "barang siapa yang keluar dari rumahnya dan solat sunat 2 rakaat di Masjid Quba' akan mendapat satu pahala Umrah                                         


 Kemudian, jemaah akan dibawa ziarah Kebun Tamar, menziarahi Maqam Syuhada di Jabal Uhud (tempat berlaku Peperangan Uhud), Kilang mencetak al-Quran (dengan izin), Masjid Qiblatain, Masjid 7 (tempat berlaku Peperangan Khandak) dan akhir sekali ke Pasar Kurma.
Jemaah dinasihatkan supaya mematuhi arahan masa dalam setiap lokasi ziarah. Ini bagi memastikan kesemua lokasi ziarah dapat dipenuhi dan kembali semula ke hotel sebelum masuk waktu Zohor.


Hari 4 - Madinah / Mekah
Selepas zohor, jemaah mula "check out" dengan berpakaian Ihram menaiki bas menuju Ke Makkah.

Singgah sebentar di Masjid Bir Ali (kira-kira 7km dari Madinah) untuk berniat Umrah.
Meneruskan perjalanan ke Makkah dan di dalam bas, jemaah akan diberi penerangan/ulangkaji mengenai cara-cara melakukan Umrah dan hal-hal yang berkaitan dengan hukum hakam Umrah.

Biasanya sampai di Makkah selepas waktu Isya'. 


Jemaah akan "check in" hotel dan kira-kira 1 jam selepas itu meneruskan ibadah umrah seterusnya iaitu Tawaf dan Saie dengan dipimpin oleh Mutawwif.
Kebiasaannya, selesai Umrah sekitar jam 1 pagi hingga menjelang Subuh, bergantung kepada kudrat jemaah itu sendiri. 



HARI 5 - Makkah  (Acara bebas.)


HARI 6 - Makkah
Selepas sarapan pagi, jemaah dibawa "ZIARAH MANASEK".

Lokasi pertama diziarahi ialah Jabar Thur (gua Thur tempat Nabi saw bersama Saiyidina Abu Bakar sembunyi ketika hijrah ke Madinah)
Kemudian jemaah dibawa menziarahi tempat kerja-kerja haji dimulai dengan Padang Arafah yang di situ terletaknya Jabal Rahmah (tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa).                                                                     


    Kemudian dibawa ke Muzdalifah, Mina (3 Jamrah) dan diakhiri ke Masjid Jaaranah. (tempat Miqat Umrah) 

Jemaah yang ingin melakukan umrah bolehlah menukar pakaian ihram dan berniat umrah di Masjid Jaaranah.

 Kembali semula ke Makkah dan singgah sebentar di Jabal Nur (Gua Hira' lokasi Nabi saw menerima wahyu yang pertama)

HARI 7 - Makkah


Acara bebas. Jemaah bebas untuk solat 5 waktu dan iktikaf di Masjidil Haram.

HARI 8 - Makkah (Ziarah Tambahan)
Selepas sarapan pagi, jemaah dibawa ke Ladang Unta dalam perjalanan keHudaibiyah (tempat Miqat)
Jemaah boleh merasai kelazatan meminum susu unta segar, dan jika berhajat untuk membeli ada dijual susu Unta dengan harga SR5 sebotol 500ml.
Meneruskan perjalanan ke Masjid Hudaibiyah, tempat berlakunya peristiwa Perjanjian Hudaibiyah. Jemaah yang ingin melakukan Umrah, boleh bertukar pakaian ihram dan berniat
Umrah di sini.



Kembali semula ke Makkah dan jika mendapat keizinan, jemaah dibawa melawat Muzium Makkah.
 
Segala khazanah dan sejarah berkenaan 2 masjid iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ada dipamirkan di Muzium Makkah.

Jemaah dibenarkan untuk mengambil gambar tetapi dilarang sama sekali menyentuh sebarang objek pamiran.
 Kembali semula ke hotel, dan jemaah yang berniat umrah boleh meneruskan ibadah umrah masing-masing.
                                                  
HARI 9 - Makkah

Acara bebas.

Jemaah yang ingin melakukan Umrah, boleh mengambil Miqat yang terdekat iaitu di Tanaem dan berniat Umrah di sana.
                                                     
 HARI 10 – Makkah ( pilihan )
Tambahan SR50 jika berminat

Selepas zohor, jemaah dibawa melawat Bandar Jeddah. Lokasi pertama yang dilawati ialah Maqam Hawa dan Masjid Qisas (tempat pesalah jenayah dijatuhi hukuman Qisas). Kemudian, jemaah dibawa ke Kompleks Corniche yang terkenal di Jeddah. 
 
Selepas itu, jemaah dibawa menyusuri Persisiran Pantai Laut Merah sambil menikmati keindahan bandar Jeddah pada waktu malam. Jemaah berkelah di Masjid Terapung, sebelum kembali semula ke Makkah.

HARI 11 - Makkah / Jeddah
   
Selepas zohor, jemaah akan melakukan "Tawaf Wada' iaitu tawaf selamat tinggal sebelum meninggalkan kota suci Makkah.
 
Jemaah dinasihatkan menyelesaikan segala urusan jual beli atau kiriman dari saudaramara di Malaysia sebelum melakukan Tawaf Wada' ini. Sebaik selesai Tawaf Wada', jemaah akan dibawa menaiki bas menuju ke airport Jeddah untuk urusan keberangkatan pulang.   


HARI 12 - KLIA

Jemaah selamat sampai di KLIA.

Pastikan semua bagasi dan air zam-zam telah selamat diterima. Sekiranya tuan/puan tidak menerima bagasi dan/atau air zam-zam, sila buat aduan di Bahagian Kehilangan Bagasi yang terletak di Aras yang sama dengan tempat pengambilan bagasi.

Sekian la serba ringkas aturcara perjalanan umra anjuran DZ Travel . Ada pun sekiranya jemaah turun Makkah dahulu maka beberapa tempat seperti Bir Ali tidak akan kita kunjungi namun tempat tempat lain tetap kita kunjungi .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan