Ahad, 9 Oktober 2011

Syukur nikmat walaupun pada perkara yang kecil


Ertinya: Segala Puji bagi Alllah yang telah menghilangkan apa yang menyakitkan aku dan menyihatkan diriku.

Mengapa doa ini di highlight kan . Dari pengalaman yang sedikit ini , perkara yang paling sering di rungut oleh jemaah haji atau umrah adalah soal makan . Memang tidak di nafikan selera orang Malaysia dengan selera pak Arab berbeza . Dari sudut geografi pun makanan ruji mereka berbeza dengan kita . Tapi itu tidak boleh di jadikan alasan untuk kita tidak mensyukuri nikmat  yang ada. Setidak tidak nya kita patut syukur sebab telah di jemput untuk ke tanah suci atau lebih tepat lagi dapat berada di bumi anmbia’ .

Izin kan saya ’cedok ’ dari buku Kisah Aneh Dan Iktibar Dari Mekah untuk di kongsi bersama . Agar dapat manfaat supaya tidak mengulangi kesilapan sebegini .

” Ada kah patut makanan macam ini dibagi pada kami ” kata seorang jemaah ketika menikmati  hidangan pertama sejak menjejakan kaki ke Tanah Suci . Beberapa kakitangan Tabung Haji yang mengendalikan makanan tidak berkata  kata , hanya termanggu manggu .
” Sabar saja lah ” kata seseorang sambil menepuk nepuk bahu nya .
”Bukan apa Sin ” balas jemaah yang marah tadi , kita penat balik dari Masjid bagilah yang elok sikit . Ini bukan free , kita bayar tau  .Jemaah lain seperti tidak mendengar . Kalau makanan bagus senang lah kita beribadat .
” Dahlah tu , Anggap lah ini sebagai ujian ” balas rakan yang di panggil Sin .
” Ini bukan ujian , Sin . Ini sengaja nak menyusahkan kita . Kalau nak buat duit pun , bukan macam ni . Ini hisab darah orang .kata nya lagi .

Dua hari dia tidak kelihatan di dewan makan . Keesokan nya dia di lihat tidak banyak bercakap .Mungkin makanan kali ini memuaskan hati nya . Saya hampiri jemaah terbabit , memberi salam ,lantas berbual panjang .Macam macam yang di bualkan . Katanya dia hanya orang kampung , tetapi disegani kerana kejayaan anak anak nya .Dia baik , ramah dan kalau ada peluang sanggup bersembang sampai berjam jam .Sebelum beredar jemaah tersebut mengerutkan dahi dan mengeluh . ” Perut meragam , bukan sakit tapi dah lama tak ketandas .” ” Dah senak ni. Maklumlah hari hari selera makan ada tapi nak buang tak boleh .” kata nya terus beredar . Jemaah ini pun tak yakin dengan hospital , ada saje komen yang negatif  .

Bila kesempatan berbual ,dia akan mengadu keadaan nya yang selalu sakit perut tetapi apabila ke tandas . sakit nya hilang . Bila di beri nasihat , dia tak ambil endah . Hingga lah satu hari dia terpaksa di usung ke hospital selepas berhari hari tak ’buang’ . Perut nya terpaksa di pam . Antara jadual tambahan yang perlu di lalui oleh jemaah ini , adalah ke hospital untuk ’pam najis’

Paling sedih ialah saat takbir Aidil Adha , jemaah ini di usung oleh rakan rakan nya ke hospital . Hingga lah satu hari dia di nasihati oleh seorang Ustaz . Sejak hari itu dia merasakan diri nya banyak kekurangan . Setiap kali berdoa dia mohon keampunan dengan linangan air mata . Dia merayu agar segala kesilapan , kesalahan dan ketelanjuran nya di ampunkan .

Satu hari sebelum masuk waktu subuh dia terperanjat apabila terasa mahu ke tandas .
” Ya ke ni ?” kata nya lalu bergegas dan melepaskan hajat nya . Itu lah pertama kali dia mengecap nikmat..................yang telah ditarik oleh Allah lebih sebulan lalu .

Moral of the story : -
o        Kita harus bersyukur dalam apa jua keadaan
o        Amalkan seberapa banyak doa dalam kehidupan seharian kita
o        Sebelum ke tanah suci , ” suci kan ” diri kita terlebih dahulu . Kalau tidak mungkin kita akan di keluar kan secara  paksa sebagaimana ’najis’ tadi .

Wallahua’lam .
Sehubungan dengan itu saya menjemput anda yang telah di beri kemampuan oleh Allah SWT agar segera menunaikan fardhu haji .Atau umrah bersama saya pada bulan Mac 2012 ini . Untuk keteranagn lanjut sila hubungi 
                                        012-2660631

                        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan